Rabu, 3 Ogos 2016

Rabu, Ogos 03, 2016
PDRM Tiada Sebab Tahan Ananda Krisnan | Polis tiada sebab untuk menahan tokoh telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan dan seorang pegawai kanan syarikatnya berhubung kes pengubahan wang haram di India yang dilapor melibatkan seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu.

PDRM Tiada Sebab Tahan Ananda Krisnan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah daripada mahkamah negara ini.

"Kami tidak boleh bertindak ke atas waran tangkap kerana tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

"Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) yang dilaporkan memohon supaya waran tangkap berkenaan dikeluarkan.

Menurut laporan media, CBI mengemukakan permohonan waran tangkap berkenaan kepada mahkamah khas CBI berikutan saman gagal diserahkan kepada pihak yang dikaitkan dengan kes Aircel-Maxis. –Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pdrm-tiada-sebab-tahan-ananda-krishnan-1.548097


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.