Jumaat, 12 Ogos 2016

Jumaat, Ogos 12, 2016
Penjenayah Tahan Tebusan Di Ayer Hitam Maut Ditembak Polis |  Seorang penjenayah yang membawa dua pistol meluru masuk ke sebuah kedai menjual barang tembikar dan bunga sebelum menahan pemilik kedai berkenaan malam tadi.

Penjenayah Tahan Tebusan Di Ayer Hitam Maut Ditembak Polis

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, penjenayah berusia 44 tahun dikatakan mengacukan dua pistol menyebabkan pelanggan yang sedang membeli-belah terkejut dan lari menyelamatkan diri.

Ketua Siasatan Jabatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian tepat jam 8.30 malam selepas dimaklumkan oleh orang awam.

Penjenayah Tahan Tebusan Di Ayer Hitam Maut Ditembak Polis

"Suspek menahan pemilik kedai iaitu seorang wanita berusia 53 tahun sebagai tebusan di dalam sebuah bilik di kedai empat lot berkenaan dan meminta wang RM300,000 sebagai tebusan.

"Rundingan dijalankan selama empat jam namun tindakan suspek menggugut dan mengacukan pistol ke arah suspek menyebabkan polis menyerbu masuk untuk menyelamatkan mangsa.

Penjenayah Tahan Tebusan Di Ayer Hitam Maut Ditembak Polis

"Polis melepaskan dua das tembakan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi dan ia terkena tepat ke arah suspek yang menyebabkannya terbunuh manakala mangsa berjaya diselamatkan polis," katanya.

Kamarul Zaman berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun mengalami trauma sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk rawatan.

Sumber
http://www.bharian.com.my/node/182320


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.