Jumaat, 12 Ogos 2016

Jumaat, Ogos 12, 2016
Remaja 17 Tahun Ingin Belajar Tentera Ditahan Di Kem Majidee | Seorang remaja lelaki yang lengkap berpakaian tentera ditahan selepas cuba menceroboh masuk kem tentera di Tanjung Laboh (Kem Majidee), Batu Pahat pagi semalam.

Remaja 17 Tahun Ingin Belajar Tentera Ditahan Di Kem Majidee

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata siasatan awal mendapati kehadiran remaja berusia 17 tahun itu disebabkan niatnya untuk menjadi anggota tentera.

Katanya, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 11.55 pagi semalam apabila remaja terbabit cuba memasuki kem tentera dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC.

Beliau berkata, remaja terbabit kemudian ditahan di pintu masuk kem kerana gagal menunjukkan sebarang identiti tentera selain tidak membawa Mykad bersamanya.

"Kehadiran remaja terbabit yang mencurigakan menyebabkan anggota tentera bertugas di pintu utama kem kemudian menahan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum menyerahkannya kepada polis.

"Siasatan awal mendapati remaja terbabit dipercayai mempunyai masalah mental selepas ayahnya meninggal dunia tiga hari lalu, manakala ibunya pula meninggal sejak dia berusia tujuh tahun. Suspek juga kini tinggal sebatang kara.


"Suspek juga menyatakan kehadirannya ke kem terbabit untuk menjadi seorang tentera kerana minat yang mendalam dan pernah menyertai pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) sebelum beliau berhenti sekolah di Tingkatan Tiga," katanya.

Abdul Wahib berkata, remaja berkenaan masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber
http://www.bharian.com.my/node/182097



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.