Ahad, 7 Ogos 2016

Ahad, Ogos 07, 2016
Bomba mengesahkan tiga mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan kereta di Kilometer (KM) 447.7 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Rawang Selatan - susur masuk Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Terkini: 3 Rentung Bas Ekspress Langgar Proton Wira

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata mangsa yang rentung adalah pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang.

Bagaimanapun, katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan keadaan fizikal mangsa yang terbakar teruk.

"Setakat ini, kita belum tahu identiti mangsa tetapi, berdasarkan susuk tubuh kita percaya mangsa adalah orang dewasa," katanya.

[2 Video] Kemalangan Plus Highway, Bas Terbakar Langgar Kereta

Kejadian jam 8.23 malam itu dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kereta jenis Proton Wira Aeroback, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Difahamkan, terdapat 15 penumpang di dalam bas berkenaan dan seorang pemandu namun, semua dilaporkan selamat.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/180614


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.