Khamis, 4 Ogos 2016

Khamis, Ogos 04, 2016
Tiada Bom Dalam Beg Ditinggal Di Bangsar | Polis Kuala Lumpur mengesahkan sebuah beg yang ditemui di laluan pejalan kaki di Bangsar pada Rabu tidak mengandungi bom atau sebarang bahan letupan.

Tiada Bom Dalam Beg Ditinggal Di Bangsar

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis menerima laporan pada 12.40 tengah hari semalam daripada orang awam yang menjumpai beg itu di Jalan Telawi off Jalan Terasek 1.

"Polis menghantar sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dan anjing pengesan (K9) ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan mendapati beg itu berisi pakaian dan dipercayai ditinggalkan di situ," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyaksikan pelupusan barang kes polis bagi kegiatan perjudian dalam talian di Balai Polis Bukit Jalil semalam. - Bernama

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/08/04/tiada-bom-di-bangsar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.