Isnin, 26 September 2016

Isnin, September 26, 2016
Dibelasah Kerana Menjeling : Jelingan membawa padah. Itu yang dialami empat remaja lelaki apabila cedera dibelasah sekumpulan lapan lelaki menggunakan botol arak berhampiran KLCC, malam kelmarin.

Dibelasah Kerana Menjeling

Dalam kejadian sekitar jam 9.30 malam itu, kumpulan penyerang dikatakan mabuk dan menyerang mangsa selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa merenung mereka.

Difahamkan, dua remaja terlebih dahulu dibelasah sebelum dua rakan mereka berusia 18 dan 21 tahun datang membantu.

Bagaimanapun keempat-empat mereka sebaliknya cedera dibelasah kumpulan lelaki mabuk itu bersenjatakan botol arak dan tali pinggang.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.45 malam dan sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi.

via
http://www.hmetro.com.my/node/169272


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.