Khamis, 27 Oktober 2016

Khamis, Oktober 27, 2016
20 Tahun Dikurung Bapa Di  Bilik Bawah Tanah,ok?: Seorang lelaki berusia 36 tahun semalam diselamatkan selepas dikurung di dalam bilik bawah tanah rumah bapanya selama sekurang-kurangnya 20 tahun.

20 Tahun Dikurung Bapa Di  Bilik Bawah Tanah

Polis di Brazil secara tidak sengaja menemui Armando de Andrade ketika melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari mereka yang terbabit dengan dadah.

Lelaki itu yang dikatakan hilang sejak berusia 16 tahun dilaporkan diikat pada katil di dalam bilik yang kecil dan tidak bertingkap di Sao Paulo.

Menurut saksi, ketika ditemui, kuku tangan dan kaki de Andrade ‘seperti gergasi’ manakala janggutnya panjang mencecah lutut. Polis yang menemuinya juga berkata, lelaki itu ‘kekurangan zat.’

20 Tahun Dikurung Bapa Di  Bilik Bawah Tanah

Polis percaya dia hidup dalam keadaan hampir gelap sepenuhnya selama dua dekad kerana bilik itu tiada lampu dan lantainya dipenuhi najis.

Via
Harian Metro



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.