Rabu, 12 Oktober 2016

Rabu, Oktober 12, 2016
Adik Sultan Pahang, Tengku Tik Faridah meninggal dunia | Tengku Hajah Faridah Almarhum Sultan Abu Bakar, 70, yang merupakan adinda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meninggal dunia semalam.

Adik Sultan Pahang, Tengku Tik Faridah meninggal dunia

Anak saudara Allahyarham, Tengku Datuk Iskandar Dzulkarnain Tengku Datuk Ismail berkata, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Tengku Tik Faridah meninggal dunia di Hospital Gleaneagles, Jalan Ampang pada pukul 10.05 pagi akibat kanser pangkal rahim.

“Allahyarham menghidap kanser pangkal rahim sejak 2013 dan dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu. Jenazah Allahyarham dise­madikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada pukul 3 petang semalam,” katanya.

Terdahulu, Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom berke­nan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 2.30 petang.

Adik Sultan Pahang, Tengku Tik Faridah meninggal dunia

Allahyarham Tengku Hajah Faridah merupakan anak Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah (1904-1974) bersama salah seorang isteri baginda, Tengku Hajah Azam Tengku Umar.

Via
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.