Sabtu, 29 Oktober 2016

Sabtu, Oktober 29, 2016
Anggota SPRM Dera Isteri Akhirnya Ditahan Polis, ok?: Anggota SPRM yg dipercayai dera isteri ditahan polis di Batu Berendam, Melaka malam tadi.

Anggota SPRM Dera Isteri Akhirnya Ditahan Polis

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata lelaki berusia 37 tahun yang ditahan kira-kira 8 malam itu, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok, untuk permohonan reman.

Suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat itu juga didapati tidak hadir bertugas dan mempunyai kes narkotik di Muar pada tahun lalu, kata beliau dalam kenyataan.

Terdahulu, beliau berkata, dua laporan polis dibuat dan dua kertas siasatan dibuka, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Dua laporan polis itu berhubung kes itu yang diviralkan dalam laman sosial Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.