Rabu, 26 Oktober 2016

Rabu, Oktober 26, 2016
Burger Babi P. Ramly Akur Tukar Nama Setelah Di Desak Orang Ramai : Restoran makanan segera, Ninja Joe yang dimiliki oleh Kelvin Tan akhirnya menyatakan kesediaan menukar nama restoran mereka yang menyediakan menu burger daging babi kepada nama lain setelah mendapat bantahan ramai.

Burger Babi P. Ramly Akur Tukar Nama Setelah Di Desak Orang Ramai

Terdahulu, sebuah restoran makanan segera yang menggunakan nama “P.Ramly” untuk produk burger daging babi didakwa menimbulkan kekeliruan pelanggan Islam.

Dijual dengan harga RM9.90, nama burger restoran itu, di Damansara, dianggap “tidak menghormati” seniman ulung negara Tan Sri P Ramlee, lapor Berita Harian.

"Kenapa perlu guna nama P.Ramly, sedangkan banyak nama lain tidak mirip Melayu serta bukan nama seniman agung tanah air, boleh digunakan bagi menarik perhatian pelanggan bukan Islam," kata seorang pengunjung pusat beli-belah seperti dilaporkan.

Seorang lagi pengunjung Nur Alia Abdullah Tahir juga tidak bersetuju dengan label makanan itu. “Walaupun ejaan berbeza tetapi sebutan bunyinya hampir sama. P Ramlee adalah nama besar di negara ini,” katanya.

Malah, seorang pelanggan Nurhafezah Che Haludin yang ditemui akhbar itu mendakwa hampir terpedaya dengan label “P.Ramly”, tetapi mujur beliau tidak membelinya.

“Iklan penjualannya diletakkan pada laluan bebas orang awam, seolah-olah mahu menarik perhatian semua pengguna termasuk umat Islam, perbuatan ini menimbulkan kekeliruan,” katanya seperti dilaporkan.

Menurut seorang kakitangan restoran itu, perkataan ‘P’ merujuk “pork” atau daging babi, manakala nama Ramly pula sudah lazim dalam masyarakat Malaysia.

Via
Malay Mail Online


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.