Rabu, 26 Oktober 2016

Rabu, Oktober 26, 2016
Dah-Dah La Buat Fitnah Tu : Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Rooshaimi Merican A Rahim Merican menafikan berita kematian mangsa kebakaran yang merupakan jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang viral di media sosial.

Nurul Ain Zulkurnain

Beliau berkata, Nurul Ain Zulkurnain dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menurutnya, manakala dua lagi jururawat juga stabil dan masih mendapatkan rawatan di HSI.

Katanya, pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan kejadian dan keadaan mangsa.

"Berita palsu berkenaan boleh menimbulkan tekanan terhadap ahli keluarga dan mangsa.

"Ketiga-tiga jururawat yang dimasukkan ke hospital ini dalam keadaan stabil," katanya pada sidang media di HSI, hari ini.

sumber
Harian Metro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.