Rabu, 26 Oktober 2016

Rabu, Oktober 26, 2016
Hanya Sempat Bergelar Isteri Selama 2 Jam : Seorang wanita memegang gelaran isteri hanya dua jam apabila diceraikan suaminya kerana menghantar gambar majlis mereka kepada rakannya walaupun sebelum itu berjanji tidak berkongsi gambar atau klip video perkahwinan itu dengan sesiapa.

Hanya Sempat Bergelar Isteri Selama 2 Jam

"Perjanjian sebelum perkahwinan ditandatangani antara adik perempuan saya dan tunangnya yang beliau tidak akan menggunakan aplikasi media sosial seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk menyiarkan atau menghantar gambarnya.

"Ia termasuk dalam kontrak perkahwinan dan disahkan. Amat dikesali kerana adik perempuan saya tidak menghormati janji itu dan menggunakan Snapchat untuk berkongsi gambar majlis perkahwinan dengan rakan perempuannya, menyebabkan pengantin lelaki membuat keputusan mengejutkan membatalkan perkahwinan mereka dan menceraikannya," kata abang pengantin perempuan yang dipetik akhbar Okaz.

Saudara mara kedua-dua keluarga berbalah berhubung keputusan berkenaan.

Sebahagiannya berkata, ia rumusan yang logik kerana pengantin perempuan gagal mematuhi perjanjian.

Mei lalu, pakar perundangan Arab Saudi memberi amaran mengenai peningkatan membimbangkan kes perceraian dalam kalangan pengantin baru, berkata ia sudah mencecah 50 peratus.

"Salah faham, berbeza pandangan dan berkahwin tanpa memahami tanggungjawab adalah antara punca utama perceraian dalam kalangan pasangan muda.

"Perkahwinan akan gagal apabila tiada asas kukuh dan kepercayaan," kata Ahmad Al Maabi.

Pakar berkenaan membuat ulasan itu berdasarkan berita pengantin perempuan diceraikan sejurus selepas majlis perkahwinan selepas tidak menghiraukan suaminya dan berbual dengan rakan menerusi telefon bimbit. - AGENSI

Sumber
http://www.bharian.com.my/node/205802


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.