Khamis, 27 Oktober 2016

Khamis, Oktober 27, 2016
Kaki Dirantai Pada Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina, ok? : Gambar seorang murid perempuan dirantai di sebatang tiang lampu, tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Kaki Dirantai Pada Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Lagoon Perdana itu, mangsa ditemui dalam keadaan kanannya dirantai pada sebatang tiang lampu dan dikunci dengan selak besar bersama dengan beg sekolah dan sebotol air yang dibekalnya.

Menurut mangsa yang dipercayai berada di situ sejak tengah hari berkata, ibunya telah merantai kakinya kerana dia enggan menghadiri kelas Bahasa Cina.

Kaki Dirantai Pada Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina

Difahamkan, orang awam yang menemui mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang kemudian tiba di tempat kejadian membebaskan mangsa pada jam 7 petang.

Susulan kes itu juga, ibu kepada murid berkenaan telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sunway untuk siasatan lanjut.


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.