Rabu, 5 Oktober 2016

Rabu, Oktober 05, 2016
SPRM Rampas Lebih RM10 Juta Dari Ketua Jabatan Air Sabah : Beberapa gambar rampasan wang tunai berjumlah lebih RM10 juta yang dipercayai milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, tersebar menerusi aplikasi media sosial, hari ini.

SPRM Rampas Lebih RM10 Juta Dari Ketua Jabatan Air Sabah

Wang itu dikatakan dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi berakhir lewat petang semalam.

Menurut sumber, pegawai SPRM masih mengira jumlah sebenar wang itu dan penemuan itu dipercayai yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

SPRM Rampas Lebih RM10 Juta Dari Ketua Jabatan Air Sabah

"Penemuan wang tunai itu mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi," katanya, hari ini.

Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.

SPRM Rampas Lebih RM10 Juta Dari Ketua Jabatan Air Sabah

Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

SPRM Rampas Lebih RM10 Juta Dari Ketua Jabatan Air Sabah

Difahamkan, suspek berusia 51 dan 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, petang ini dan disusuli sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/199038?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.