Khamis, 3 November 2016

Khamis, November 03, 2016
3 Anggota Komando Melecur Terkena Bahan Kimia,ok? | Tiga anggota tentera melecur dipercayai terkena letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus bahan letupan itu di Kem Syed Sirajuddin Gemas, semalam.

3 Anggota Komando Melecur Terkena Bahan Kimia

Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari, anggota dari 22 Komando (22KDO) dikenali Lans Koperal Mohd Adha Hadli, Lans Koperal Mohd Helmi Mat Desa dan Lans Koperal Anuar Abdullah melecur selepas terkena letupan itu.

Sumber berkata, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tentera Darat di kem berkenaan sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat, Johor, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, Mohd Adha dilaporkan melecur kira-kira 32 peratus dan menerima bantuan pernafasan manakala Mohd Helmi dan Anuar melecur 27 dan 10 peratus.

Katanya, semua mangsa masih menerima rawatan di hospital itu dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku.~Harian Metro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.