Selasa, 8 November 2016

Selasa, November 08, 2016
Abu Sayyaf Culik Lelaki Jerman, Bunuh Isterinya,ok? | Kumpulan militan Abu Sayyaf yang memiliki kepakaran menculik bagi mendapatkan wang tebusan dilaporkan membunuh seorang pelaut Jerman dan melarikan suaminya dari kapal layar mereka di perairan selatan Filipina, kata pihak tentera semalam.

Abu Sayyaf Culik Lelaki Jerman, Bunuh Isterinya,ok?

Jurucakap tentera pe­ringkat wilayah, Mejar Filemon Tan berkata, seorang komander Abu Sayyaf, Abu Rami me­ngaku bertanggungjawab melakukan penculikan terbaharu itu.

Menurutnya, pihak tentera menemui kapal layar pasangan itu bersama mayat seorang wanita kulit putih dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan tembakan.

Kata Tan lagi, pihak tentera telah mendengar rakaman audio Abu Rami yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas kapal layar itu, manakala lelaki Jerman yang diculik juga bercakap dalam satu panggilan telefon.

“Lelaki Jerman yang diculik ini memperkenalkan dirinya sebagai Jurgen Kantner, 70, dan nama pasangannya ialah Sabine Merz,” kata Tan.

Kedua-dua mangsa pernah diculik oleh lanun Somalia di perairan Teluk Aden dan dijadikan tebusan selama 52 hari pada 2008.

Tentera Filipina me­nyiarkan gambar kapal layar tersebut, Rockall semalam dan menyatakan bahawa ia mengibarkan bendera Jerman.

Kumpulan militan Abu Sayyaf yang berpangkalan di gugusan pulau terpencil di selatan Filipina berjaya meloloskan diri daripada operasi ketenteraan yang disokong Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.

Abu Sayyaf mendapat berjuta-juta dolar dalam bentuk wang tebusan selepas melakukan banyak penculikan terutamanya terhadap rakyat asing sejak beberapa tahun kebe­lakangan ini. – AFP


via
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm 


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.