Selasa, 1 November 2016

Selasa, November 01, 2016
Air Mineral Lagi Mahal Dari Minyak Masak - Menteri KPDNKK,ok? : "Air mineral lebih mahal berbanding minyak masak meskipun subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya,"demikian ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Air Mineral Lagi Mahal Dari Minyak Masak - Menteri KPDNKK

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan rasionalisasi subsidi minyak masak akan menyebabkan perbelanjaan meningkat kepada sebanyak RM50 seorang setahun oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Bercakap di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini, Hamzah berkata, kerajaan masih memberi subsidi bagi minyak masak kategori beg plastik 1kg yang dijual pada harga RM2.50.

Berpegang kepada andaian setiap individu hanya menggunakan satu setengah kilogram minyak masak bagi setiap bulan, ia hanya memberi peningkatan RM2.25 dalam perbelanjaan bagi setiap individu.

“Padahal pengguna beli air mineral yang tiap-tiap hari diminum dengan harga melebihi daripada harga minyak masak,” katanya.

Minggu lalu, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga 1kg minyak masak paket plastik akan dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25, mulai hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani pada Khamis lalu dilaporkan berkata, rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.- Sinar Harian Online


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.