Rabu, 2 November 2016

Rabu, November 02, 2016
Gara-Gara Rindu Anak, AMENG Balik Kampung Jam 4 Pagi  ,ok? | Disebabkan rindu pada anaknya, Ameng (Spring) yang kini merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) sanggup bergegas pulang ke kampungnya di Melaka pada jam 4 pagi sebaik urusannya berakhir.

Gara-Gara Rindu Anak, AMENG Balik Kampung Jam 4 Pagi  ,ok?

Untuk info, ketika ini Ameng turut sibuk memenuhi program motivasi serta beberapa program lain.

Sehubungan itu, Ameng mengakui jauh di sudut hati dia amat merindui anaknya yang pernah ditinggalkan sejak kecil ketika dia meringkuk dalam penjara selama 6 tahun.

"Anak saya terutamanya selepas saya keluar daripada penjara dia memang seorang yang agak manja dan tak mahu berenggang

"Sebelum masuk GV saya selalu hantar dan ambil anak pergi sekolah. Bila dah terlibat dengan GV anak naik van sekolah sahaja.

"Rutin sekarang ni selain sibuk dengan kerja memenuhi undangan motivasi dan ceramah, setiap hari Selasa saya akan turun ke Kuala Lumpur untuk sesi latihan GV. Pada hari yang sama juga saya akan pulang ke Melaka, boleh dikatakan hampir pukul empat pagi baru sampai rumah," ujarnya, berkata kepada MH Online. 


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.