Selasa, 1 November 2016

Selasa, November 01, 2016
Lelaki Dikerat 13 Kerana Tagih Hutang,ok?: Seorang lelaki tergamak membunuh dan memotong mayat sepupunya sendiri kerana berang mangsa menagih hutang daripadanya, lapor Metrotabagsel.

Lelaki Dikerat 13 Kerana Tagih Hutang

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.40 pagi, 24 Oktober lalu, mangsa, Sofyan Lubis, 43, menagih hutang dari Riko Lesmana, 41, di rumah.

Tetapi suspek tidak dapat membayar hutang yang dipinta menyebabkan mangsa melemparkan caci maki sehingga melibatkan keluarganya.

Tindakan Sofyan itu menyebabkan suspek berang dan terus memukul kepala mangsa dengan sebatang besi sehingga mati. Panik melihat mangsa sudah tidak bernyawa, suspek merancang mahu melupuskan mayat sepupu kandungnya itu dan menghubungi Gusfari, pemandu Grab Car untuk 'membantunya' membawa mayat mangsa ke sebuah rumah sewa di Cipayung.

Lelaki Dikerat 13 Kerana Tagih Hutang

Pada ketika itu, suspek memaklumkan kepada Gusfari bahawa 'mangsa' pengsan, bukan meninggal dunia.

Sampai di rumah sewa tersebut, suspek kemudian menghubungi rakannya, Rudi Hartono, untuk menggali tanah di bahagian dapur. Sementara itu suspek memotong mayat mangsa kepada 13 bahagian.

Lelaki Dikerat 13 Kerana Tagih Hutang

Selesai menggali lubang, suspek segera menguburkan mayat mangsa. Rudi pada ketika itu hanya tergamam melihat suspek menguburkan mayat mangsa. Suspek kemudian menutup lubang itu dengan simen.


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.