Jumaat, 4 November 2016

Jumaat, November 04, 2016
Lelaki Potong Ibu Jari Kaki Sendiri, Kemudian Memakannya,ok? | Pengunjung sebuah pasaraya terkejut selepas seorang lelaki memotong ibu jari kakinya sebelum bertindak memakan anggota badannya itu.

Lelaki Potong Ibu Jari Kaki Sendiri, Kemudian Memakannya

Insiden dilaporkan berlaku di Wilkinson Haymarket di Sheffield pada Ahad pagi.

Lelaki berkenaan memotong ibu jarinya itu dengan pemotong besi yang diambilnya di bahagian perkakasan elektrik.

Saksi berkata, lelaki tersebut berdiri di khalayak ramai sambil makan ibu jari kaki yang dipotongnya itu.

"Lelaki itu masuk ke Wilkinson Haymarket, naik ke tingkat atas dan mengambil pemotong besi sebelum memotong ibu jari kaki dan memakannya," kata saksi dipetik Daily Mail.

Sementara itu, jurucakap Polis South Yorkshire, perkhidmatan kecemasan menerima laporan pada jam 11.10 pagi selepas menerima laporan mengenai lelaki itu.

"Ketika tiba, lelaki itu dibawa ke hospital bagi merawat luka dikakinya.

"Tiada pihak ketiga terlibat dan insiden tidak akan disiasat di bawah kesalahan jenayah," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/terkejut-lelaki-potong-makan-ibu-jari-sendiri-1.581423


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.