Isnin, 7 November 2016

Isnin, November 07, 2016
Mayat Dipotong 10, Remaja OKU Ditahan,ok? : Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai melakukan pembunuhan kejam dengan mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian di Kampung Kesang Laut, Tangkak, ditahan reman selama seminggu mulai hari ini.

Mayat Dipotong 10, Remaja OKU Ditahan,ok?

Perintah reman hingga 13 November itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat terhadap  suspek berusia 19 tahun yang dipercayai mengenali mangsa.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada 9.15 pagi dengan berpakaian lokap dalam keadaan tangan bergari diiringi anggota polis.

Semalam, polis menemui anggota  badan yang dikerat dipercayai milik seorang remaja yang masih belum dikenal pasti identitinya di sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, Tangkak.

Hasil siasatan, polis mendapati keratan tubuh itu diisi dalam lima beg plastik hitam yang ditemui dalam saluran pembetung longkang rumah berkenaan.

Suspek juga menanam kepala mangsa di kawasan berhampiran rumah berkenaan.-Harian Metro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.