Selasa, 8 November 2016

Selasa, November 08, 2016
Penyelam jumpa bom nuklear AS hilang di laut,ok? | Pasukan Tentera Laut Diraja Kanada akan menyiasat penemuan objek misteri seorang penyelam yang dipercayai adalah sebutir bom nuklear yang hilang ketika Perang Dingin.

Penyelam jumpa bom nuklear AS hilang di laut,ok?

Sean Smyrichinsky menemui objek itu sewaktu melakukan selaman berhampiran Pulau Banks, iaitu sebuah kawasan yang terletak berhampiran lokasi nahas pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS), Convair B-36 yang membawa bom jenis Mark IV pada 14 Februari 1950.

Pesawat pengebom Convair B-36 dilaporkan terhempas di utara wilayah British Colombia ketika dalam penerbangan ke Texas dari Alaska, AS.

Smyrichinsky hanya menyedari bahawa objek yang dijumpai itu mungkin sebutir bom Mark IV selepas membandingkannya dengan kepingan gambar dan dimaklumkan mengenai kehilangan senjata nuklear itu.

Susulan itu, Tentera Laut Diraja Kanada akan menghantar kumpulan penyiasat ke lokasi itu untuk menilai kebenaran dakwaan tersebut. – Agensi


via
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.