Selasa, 1 November 2016

Selasa, November 01, 2016
Penyelia Hampir Maut, Leher Dilibas Dengan Parang, ok?: Berpantang maut sebelum ajal, seorang penyelia ladang kelapa sawit, cedera di leher kiri, dada kiri dan tangan kanan ditetak warga Myanmar dalam kejadian di Ladang Balau, Gua Musang malam tadi.

Penyelia Hampir Maut, Leher Dilibas Dengan Parang

Mangsa, Fancis Athony Seribu, 29, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan susulan.

Menurut Francis, ketika kejadian dia sedang makan malam di tempat kerjanya bersama beberapa rakan lain kira-kira jam 9 malam.

"Saya dihampiri pekerja Myanmar itu yang secara tiba-tiba yang muncul dari belakang dengan membawa parang panjang dan terus melibas senjata tajam itu ke arah saya.

"Dia terus meluru laju kepada saya dan saya tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan leher kiri ditetak dan hampir putus namun saya turut cuba bertahan dengan tangan kanan saya namun dada kiri dan tangan kanan turut terkena parang itu,"katanya.

Francis berkata sejurus selepas itu, lelaki Myanmar itu terus melarikan diri dan mencampak parang itu ke lantai.

"Saya pada masa itu hanya mampu memegang leher dan menahan darah di leher saya dari terus mengalir dengan kain dan kemudian dibawa rakan ke dalam kereta majikan sebelum di bawa ke hospital Gua Musang.

"Setakat ini laporan polis telah dibuat dan hanya menunggu tindakan selanjutnya untuk siasatan," katanya.

Sumber
Sinar Harian Online


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.