Selasa, 1 November 2016

Selasa, November 01, 2016
Penyokong Syiah Malaysia Sokong Pemberontak Yaman Serang Arab Saudi,ok? : Kita mungkin tidak pernah terfikir bahawa orang Melayu yang beragama Islam mampu menyokong serangan peluru berpandu ke negara Arab Saudi berhampiran Kota Suci Makkah.

Penyokong Syiah Malaysia Sokong Pemberontak Yaman Serang Arab Saudi

Perkara ini berlaku apabila individu tersebut dikatakan penyokong tegar ajaran Syiah yang menyimpang jauh daripada Islam yang berpandukan kepada Al Quran dan Hadis.

Ketua Biro Propaganda Parti Sosialis Malaysia(PSM) Khalid Mohd Ismath telah memuatnaik ucapan syabas di Facebook milik beliau kepada Gerila Yaman yang melancarkan serangan tersebut. Beliau turut berharap agar istana Raja Arab Saudi runtuh dalam masa terdekat.

"Setelah ribuan nyawa dibom oleh Saudi di Yaman dalam tempoh setahun ini, aku Ucap syabas kepada Gerilla Yaman kerana telah berjaya memasuki Jeddah.
semoga Istana barua Amerika di Tanah Suci itu runtuh tidak lama lagi.- Khalid Ismath"

Kenyataan Khalid Ismath ini jelas berbaur hasutan dan bersifat jahat terhadap kesucian agama Islam yang sentiasa berusaha melindungi Kaabah yang terletak di Mekah serta kiblat seluruh umat Islam.

Beberapa hari yang lalu tentera Arab Saudi mendakwa pemberontak Houthi Yemen telah melancarkan serangan peluru berpandu scud ke negara itu apabila sebuah misilnya berjaya dipintas berhampiran Kota Suci Makkah, lapor AFP.

Pemberontak melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Makkah dari wilayah Saada yang merupakan kubu kuat Houthi yang terletak hanya di seberang sempadan Arab Saudi. Kota suci Makkah pula terletak 500km dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Untuk rekod, ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak yang membuat serangan peluru berpandu. Serangan kali pertama pada 9 Oktober lepas apabila gabungan tentera Arab berjaya memintas sebuah peluru berpandu di Taif, tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira 70km dari Makkah.

Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu tersebut dilancarkan.

Fahaman yang dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia dilihat berkemungkinan mengugat keselamatan negara dan kesucian agama Islam. Kita berharap agar pihak berkuasa memantau pergerakan kumpulan ini dengan lebih terperinci.

Pada 7 Oktober lepas, Khalid ditahan dan dikenakan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 dan sebelas tuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung tulisan di media sosial yang didakwa menghina kerabat diraja Johor. -Pru14.tv


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.