Jumaat, 4 November 2016

Jumaat, November 04, 2016
Polis Jumpa 3 Peti "Harta Karun",ok? | Tiga peti besi simpanan duit dipercayai milik stesen minyak yang dirompak anggota Geng Minyak dijumpai terbenam di dasar Sungai Kemasin, Kampung Teluk, Bachok, petang semalam.

Polis Jumpa 3 Peti "Harta Karun",ok?

Peti-peti besi tersebut ditemui kira-kira lima meter di kedalaman sungai oleh Pasukan Khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan dibantu pasukan penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan pada jam 3 petang.

Operasi yang mengambil masa empat jam itu dimulakan selepas suspek mendedahkan rahsia ketika soal siasat berhubung lokasi mereka membuang peti besi milik stesen-stesen minyak yang dirompak pada September dan Oktober lalu.

Pihak polis turut menggunakan kren bagi menaikkan peti besi ke dalam lori sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, seorang lagi Lans Koperal polis antara tiga serpihan anggota geng terbabit ditahan kerana dipercayai terlibat sama dalam kegiatan rompakan ke atas stesen-stesen minyak di negeri ini terutamanya di Bachok dan Kota Bharu.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor Faizah Abdullah di mahkamah majistret, berkuat kuasa hari ini.

Nor Faizah membenarkan mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 November depan untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung penglibatan mereka dalam kumpulan penjenayah itu.

Ketiga-tiga suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/tiga-peti-besi-jumpa-dalam-sungai-1.581379


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.