Rabu, 2 November 2016

Rabu, November 02, 2016
Polis Panggil Imam Untuk Selesaikan Penemuan Tembikai Misteri,ok? | Pihak polis Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terpaksa memanggil seorang imam tempatan bagi menyelesaikan misteri penemuan sebiji tembikai susu yang dipercayai telah disumpah.

Polis Panggil Imam Untuk Selesaikan Penemuan Tembikai Misteri,ok?

Buah tersebut yang dicucuk dengan pin dan paku selain tertera tulisan di sekelilingnya, mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk tempatan apabila tembikai itu ditemukan terdampar di kawasan pantai Al Khan dekat bandar Sharjah, baru-baru ini.

Polis yang dihubungi orang awam kemudiaannya memanggil seorang imam dari Jabatan Hal Ehwal Islam Sharjah untuk 'membersihkan' tembikai misteri itu.

Polis Panggil Imam Untuk Selesaikan Penemuan Tembikai Misteri,ok?

Imam yang tidak dinamakan itu kemudiannya membuang pin dan paku pada tembikai tersebut sebelum membelah buah berkenaan.

Bagaimanapun imam berkenaan tidak mendedahkan misteri buah tembikai tersebut sama ada mempunyai kaitan dengan amalan ilmu hitam atau perbuatan menakutkan orang ramai.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/11/02/tembikai-sumpahan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.