Jumaat, 4 November 2016

Jumaat, November 04, 2016
Rahsia Anggota Polis Hidup Mewah Pakai BMW, Melancong Luar Negara Akhirnya Terbongkar,ok? | Rahsia kehidupan mewah seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang memiliki sebuah kereta BMW dan mampu berbulan madu ke Korea dengan perbelanjaan lebih RM17,000 akhirnya terbongkar apabila dia rupa-rupanya dalang utama kumpulan samun Geng Minyak.

Rahsia Anggota Polis Hidup Mewah Pakai BMW, Melancong Luar Negara Akhirnya Terbongkar,ok?

Aktiviti anggota polis berkenaan yang dikatakan dilakukan bersama abangnya dan konco-konco Geng Minyak pecah selepas polis menahan dua beradik itu pada 25 Oktober lalu.

Malah hasil siasatan lanjut pasukan khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mendapati mereka menjadikan Sungai Kemasin di Kampung Te­ngah Perupok di sini sebagai lokasi menyorokkan peti-peti besi yang telah dirompak mereka.

Sumber berkata, hasil soal siasat yang dijalankan terhadap dua suspek utama berusia 25 dan 28 tahun itu telah membawa pihak polis ke lokasi ber­kenaan yang dijadikan sebagai lokasi membuang tiga peti besi kosong selepas menyamun semua duit di dalamnya.

“Pihak polis mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan untuk melakukan selaman bagi mengesan barang utama kes yang dibuang anggota kumpulan penjenayah ini.

“Hasil operasi yang dijalankan selama empat jam bermula pukul 3 petang semalam (Rabu), akhirnya kita berjaya menemui tiga peti besi yang dicampak suspek ke dalam sungai yang dianggarkan sedalam lima meter,” katanya semalam.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.