Selasa, 1 November 2016

Selasa, November 01, 2016
Sampai Hati Tinggal Dalam Longkang ,ok: Bayi perempuan yang masih bertali pusat seberat 2.9 kilogram ditemui masih hidup dan dalam keadaan selamat di dalam longkang di belakang rumah di Taman Jaya Sepakat , Senai, pada 4.30 petang semalam.

Sampai Hati Tinggal Dalam Longkang

Ketua Polis Daerah Kulai Superitenden Razak Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan dari penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan penemuan bayi berkenaan yang dalam keadaan tanpa pakaian.

Sampai Hati Tinggal Dalam Longkang

Katanya, berdasarkan keadaan bayi, dipercayai ia baru dilahirkan dan masih berdarah serta bertali pusat.

"Tubuhnya lemah dan agak kebiruan.

Sampai Hati Tinggal Dalam Longkang

Bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Kulai dan pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sampai Hati Tinggal Dalam Longkang

"Dipercayai ia dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui," katanya.

Razak berkata, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil menuntut bayi itu.

"Usaha mengesan ibu kandung dan warisnya sedang dijalankan. Bayi berkenaan akan diserah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sampai Hati Tinggal Dalam Longkang

"Kes diklasifikasikan sebagai membuang bayi dan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi polis," katanya.-Harian Metro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.