Selasa, 1 November 2016

Selasa, November 01, 2016
Tukang Rumah Didakwa Bunuh Bakal Abang Ipar,ok?: Tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.

Tukang Rumah Didakwa Bunuh Bakal Abang Ipar

Tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 29, dari Kampung Baloh, Manir, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, di tempat letak kenderaan hadapan Pejabat Agama Kompleks Seri Iman, 11.39 pagi 16 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Abdul Hayyi menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Minhad manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain.

Terdahulu, niat seorang lelaki membuka rahsia perkahwinan kekasih adiknya bagi mengelak adiknya dimadukan bertukar tragedi apabila mati ditikam di kawasan tempat letak kenderaan di Kompleks Seri Iman.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan enam kesan tikaman termasuk di leher dan dada kiri dipercayai menggunakan pisau oleh suspek.- Harian Metro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.