Selasa, 8 November 2016

Selasa, November 08, 2016
Tun M kembali jejak kaki ke Parlimen',ok? | Setelah sekian lama meninggalkan tugas sebagai Ahli Parlimen, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilihat kembali menjejakkan kaki ke 'tempat kerjanya dahulu'.

Tun M kembali jejak kaki ke Parlimen',ok?

Mahathir yang hadir ke Parlimen kira-kira 10 pagi datang dipercayai atas ‎tujuan untuk mengadakan perbincangan tentang usaha mempertahankan Parlimen dan kuasa imuniti dalam Parlimen.

Sementara itu, dalam satu jemputan Komunikasi PKR kepada media mengatakan Mahathir akan mengadakan satu mesyuarat yang tidak dinyatakan tujuannya.

"Harap maklum bahawa Ahli-Ahli Parlimen pembangkang bersama Tun Dr Mahathir akan mengadakan satu mesyuarat pada hari ini, jam 10.30 pagi, di Bilik Taklimat (Bangunan Sementara Parlimen).

"Pihak media dijemput hadir, dan satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tersebut," katanya.

via
http://www.sinarharian.com.my/politik/tun-m-kembali-jejak-kaki-ke-parlimen-1.583020


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.