Khamis, 3 November 2016

Khamis, November 03, 2016
Wanita Tak Sedarkan Diri Setelah Dibelasah 25 Lelaki,ok? | Seorang wanita di Bihar, India tidak sedarkan diri selepas dipukul 25 orang lelaki kerana percaya dia bersalah membunuh suaminya.

Wanita Tak Sedarkan Diri Setelah Dibelasah 25 Lelaki


Usha Devi, 45, diserang di kampunnya di Samastipur, Bihar utara India selepas disyaki membunuh suaminya.

Usha berada di rumahnya bersama anaknya ketika dia diserang sekumpulan lelaki yang masuk ke rumahnya dan mengheretnya keluar.

Dia kemudian dipukul 25 orang lelaki sehingga pengsan. Hampir 100 orang melihat kejadian itu, namun tiada siapa yang campur tangan untuk membantu wanita itu.

Wanita Tak Sedarkan Diri Setelah Dibelasah 25 Lelaki

Penduduk kampung mengesyaki wanita itu telah membunuh suaminya Ashok Paswan, 50, selepas dia menghadapi keganasan rumah tangga.

Usha dikejarkan ke hospital Sadar di Samastipur untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Timbalan Penguasa polis Bihar, Tanveer Ahmed berkata, pihakya sedang menyiasat kejadian berkenaan.

Wanita Tak Sedarkan Diri Setelah Dibelasah 25 Lelaki

"Kami tahu pasangan suami isteri tersebut bergaduh sebelum pergaduhan itu bertukar menjadi ganas,  wanita itu memukul suaminya dengan kayu sehingga mati. Kami sedang menunggu laporan bedah siasat.

"Wanita itu kini dirawat di hospital dan apabila dia pulih, kami akan meneruskan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita itu dan sekumpulan perusuh berkenaan jika perlu," katanya dipetik Metro.uk.

sumber
Sinar Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.