Ahad, 22 Januari 2017

Ahad, Januari 22, 2017
3 Anggota Polis Ditikam Seorang Lelaki,ok!: Seorang pegawai dan dua anggota polis cedera ditikam seorang lelaki di sebuah premis di Jalan Pasar, Bukit Mertajam malam tadi.

3 Anggota Polis Ditikam Seorang Lelaki

Dalam kejadian jam 11.30 malam tadi, pegawai terbabit cedera di tangan manakala anggota pula cedera di paha dan tangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, pada awalnya suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan dan pegawai serta anggota polis berkenaan mahu membuat pemeriksaan.

Menurutnya, bagaimanapun suspek cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dan suspek cuba menikam leher pegawai polis berkenaan.

"Dua anggota yang cuba membantu turut cedera ditikam sebelum suspek berusia 30 tahun melarikan diri.

"Bagaimanapun, isteri suspek yang berada di tempat kejadian ditahan polis dan turut dirampas sebuah motosikal curi," katanya.

Beliau berkata, identiti suspek yang memiliki tiga rekod jenayah lampau sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/199439


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.