Rabu, 25 Januari 2017

Rabu, Januari 25, 2017
Bekas Pengarah FELDA Ditahan, Seleweng Projek Berjuta-Juta, ok!: Bekas Pengarah Besar FELDA bergelar Datuk dan empat individu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menyalah guna kedudukan bagi projek penternakan ikan sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta).

Bekas Pengarah FELDA Ditahan, Seleweng Projek Berjuta-Juta

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majisret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya sehingga 31 Januari ini.

Selain Datuk berusia 57 tahun itu, empat suspek lain yang ditahan membabitkan bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik), 53; Ketua Hartanah FELDA di London, 38; bekas pegawai terbabit secara langsung dengan projek sturgeon, 30, dan Penolong Pegawai Tadbir FELDA, 33.

Mengikut laporan Harian Metro hari ini, kelima-lima suspek terbabit ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng RM47.6 juta projek ternakan ikan sturgeon, sejenis ikan primitif yang hidup sejak 200 juta tahun dulu dengan telurnya dihasilkan sebagai kaviar hitam bernilai tinggi.

Semua suspek terbabit ditahan antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari di sekitar Lembah Klang semalam, menerusi Op Caviar dijalankan SPRM.

Mereka dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Terdahulu, semua suspek yang memakai baju lokap warna jingga dibawa pegawai SPRM dan tiba di Mahkamah Majistret jam 9.05 pagi dengan keadaan tangan bergari.

Bekas Pengarah Besar FELDA itu dilihat tidak menutup mukanya manakala, empat suspek lain menutup muka masing-masing.

Pada masa sama, mahkamah turut membenarkan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengurus jualan antarabangsa dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM40,000 setiap seorang.

Pada 20 Januari lalu, individu bergelar Datuk berusia 58 tahun itu dan pengurus jualan antarabangsa berusia 36 tahun ditahan reman enam hari bagi siasatan salah guna kuasa serta aktiviti rasuah berkaitan projek ePassport di negara di Afrika.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/200458


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.