Khamis, 26 Januari 2017

Khamis, Januari 26, 2017
Budak Perempuan 3 Tahun Maut Dihempap Pagar,ok!: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun maut dihempap pintu pagar sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kampung Melayu Raya Pekan Nanas, Pontian pada pukul 6.27 petang semalam.

Budak Perempuan 3 Tahun Maut Dihempap Pagar

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati  mangsa, Nur Adawiyah Zulkifli merupakan kanak-kanak taska berkenaan

“Setelah selesai waktu belajar pada pukuk 5 petang, ibu mangsa telah datang menjemput anaknya itu

“Ketika menjemput anaknya itu, ibunya turut membawa kakak dan abang mangsa berumur tujuh dan lima tahun.

“ibu mangsa telah berbual-bual sambil membantu guru taska berkenaan mengemas kelas, manakala mangsa bersama kakak dan abangnya dipercayai bermain sorong tarik pagar sehingga menyebabkan pagar itu telah terkeluar daripada landasan lalu menghempap mangsa,” katanya.

Mendengari bunyi bising, ibu mangsa telah berlari keluar dan mendapati anak terbaring dihempap besi pagar taska berkenaan, katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/kanak-kanak-mati-dihempap-pintu-pagar-taska-1.436599


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.