Selasa, 17 Januari 2017

Selasa, Januari 17, 2017
Gambar: Dua Remaja Maut, Tercampak Dari BMW1200R,ok!: Dua remaja 16 tahun maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka terbabas akibat hilang kawalan dalam kejadian di Persiaran Dato' Menteri, Seksyen 6, semalam.

Dua Remaja Maut, Tercampak Dari BMW1200R

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, Muhammad Asyraf Mohd Naizie dan Muhammad Fudail Mazlin, masing-masing berumur 16 tahun, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Seksyen 2.

Dua Remaja Maut, Tercampak Dari BMW1200R

Menurutnya, saksi kejadian kira-kira 2.50 petang itu menyatakan motosikal jenis BMW S1000RR yang ditunggang Muhammad Asyraf berada di lorong kanan jalan dan dikatakan dibawa laju sebelum gagal dikawal dan bergesel dengan pembahagi jalan.

Dua Remaja Maut, Tercampak Dari BMW1200R

Impak kejadian menyebabkan Muhammad Asyraf tercampak ke arah sebatang pokok dan terpelanting semula ke atas jalan manakala pembonceng yang juga rakannya, Muhammad Fudail pula tercampak ke atas jalan, kata Shafien ketika dihubungi.

Dua Remaja Maut, Tercampak Dari BMW1200R

Kedua-dua pelajar tingkatan empat itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Dua Remaja Maut, Tercampak Dari BMW1200R

Shafien berkata siasatan awal mendapati motosikal itu dipinjam daripada rakan mereka yang lain.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.