Selasa, 24 Januari 2017

Selasa, Januari 24, 2017
Hanez Suraya Fail Perceraian,ok!: Hanez Suraya hari ini memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.

Hanez Suraya Fail Perceraian

Menurut portal tempatan, sumber berkongsi maklumat mengatakan pelakon berusia 32 tahun itu hanya diwakili oleh peguamnya di mahkamah.

Berita pergolakan rumah tangga Hanez atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz sudah lama menjadi perhatian umum bagaimanapun ia reda apabila pasangan tersebut sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan bercuti ke luar negara baru-baru ini.

Namun begitu, percutian itu nyata gagal untuk menyelamatkan rumah tangga pelakon tersebut serta masih tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Sementara itu, Hanez juga pernah menyuarakan hasrat untuk kembali aktif berlakon walaupun suaminya, Romie tidak memberi keizinan kepada beliau untuk kembali ke dunia seni.

Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya berusia 13 bulan.

Via
Sinar Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.