Khamis, 26 Januari 2017

Khamis, Januari 26, 2017
Hanez Suraya Nafi Fail Cerai,ok!: Sebelum ini, kisah rumah tangga pelakon Hanez Suraya dikatakan sedang bergolak sehingga ada sumber mendakwa beliau menfailkan penceraian terhadap suaminya, Romie Razin Adilha di mahkamah.

Hanez Suraya Nafi Fail Cerai

Malah satu senarai pasangan suami isteri yang bermasalah di Mahkamah Syariah Shah Alam yang turut terselit nama pasangan ini telah tersebar.

Enggan membenarkan peminat berteka-teki lagi, Hanez Suraya tampil memberikan penjelasan tentang status rumahtanggannya menerusi laman instagramnya.

"Assalammualaikum.. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam.. Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang utk tenang..

"Tiada apa yang saya ingin jelaskan di atas apa yang terjadi.. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

"Cuma apa yang penting antara saya dan suami saya kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.. Alhamdulillah rumahtangga kami masih kekal.

"Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi-spekulasi yang menjadi tokok tambah dari pihak-pihak tertentu.

"Syukur Alhamdulillah suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini.. Terima Kasih di atas sokongan-sokongan kuat dari pihak keluarga, rakan-rakan rapat, media dan fans di luar sana yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan yang baik-baik untuk kami..Assalammualaikum," tulis Hanez Suraya di Instanya.

Hanez Suraya Nafi Fail Cerai

Untuk makluman, pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.

sumber
http://www.myartis.com/2017/01/hanez-suraya-kami-bahagia-bersama-rumah.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.