Rabu, 25 Januari 2017

Rabu, Januari 25, 2017
Kerana Jujur, Pemandu Teksi Ini Dapat Tawaran Bekerja Di Australia,ok!: Tindakan seorang pemandu teksi di Filipina mengembalikan semula barangan berharga seorang ahli perniagaan yang tertinggal di dalam teksinya menerima ganjaran yang merubah hidup dan keluarganya.

Kerana Jujur, Pemandu Teksi Ini Dapat Tawaran Bekerja Di Australia

Reggie Cabutatan, 30, dari Baguio ditawarkan menyambung pelajaran serta bekerja di syarikat Australia milik ahli perniagaan tersebut.

"Apa yang saya lakukan hanyalah mengembalikan barangan itu setelah menyedari ia tertinggal di dalam teksi," katanya kepada media tempatan.

Kejujuran itu bukan sahaja menarik perhatian di negaranya itu tetapi di seluruh dunia.

Ahli perniagaan Australia, Trent Shields berkata, Reggie mengembalikan semula komputer riba, pasport dan fon kepala yang bernilai ribuan dolar ketika dia lupa mengambilnya kerana tidak sihat semasa menaiki teksi lelaki itu.

"Reggie tidak mengetahui nilai barangan tersebut, beg pakaian tersebut dikunci dan pastinya dia tidak kisah jika ia mengandungi jutaan dolar atau ianya kosong.

"Ia menunjukkan integiritnya," tulis Trent dalam laman Facebooknya.

Kebaikan lelaki itu turut diceritakan rakan kongsi Trent, Ace Estranda di laman Facebooknya dimana ia turut menjadi perhatian dan digambarkan sebagai simbol maruah terhadap negara.

Reggie dan keluarganya akan ke Australia  untuk melengkapkan kursus pembangunan perisian selama enam bulan yang dijalankan oleh salah satu syarikat milik Trent.

"Selepas Reggie menamatkan kursus tersebut, dia akan ditawarkan untuk menjalankan latihan amali dengan syarikat milik lelaki itu, mendapat perkerjaan dan pastinya akan dibayar gaji yang lumayan," tulis Estrada di laman Facebooknya.

Selain itu, Reggie turut menerima anugerah di atas kejujurannya oleh kerajaan tempata Baguio, lapor Rappler.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/balasan-untuk-pemandu-teksi-berhati-mulia-1.617421


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.