Rabu, 25 Januari 2017

Rabu, Januari 25, 2017
Lelaki Tertidur Maut Ditimbus Tanah,ok!: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kuala Terla, Cameron Highland pada jam 3 pagi hari ini

Lelaki Tertidur Maut Ditimbus Tanah

Mangsa, Md Belel Miidha, 28, sedang tidur dalam pondok yang dibina di lereng bukit dikawasan kebun bunga tersebut didakwa tidak sempat melarikan diri sehingga menyebabkannya maut tertimbus tanah runtuh tersebut, petik Utusan.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Hasadid A Hamid berkata, mangsa bukan pekerja di kebun berkenaan tetapi datang melawat saudaranya yang merupakan pekerja di situ.

Katanya, runtuhan tanah berlaku disebabkan hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

“Semasa kejadian, saudara mangsa sempat menyelamatkan diri dan kemudiannya meminta pertolongan daripada rakannya yang untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus.

“Mangsa yang tidak sempat melarikan diri maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat,” katanya.

sumber
http://www.suara.tv/2017/01/25/lelaki-tertidur-maut-tertimbus-tanah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.