Ahad, 22 Januari 2017

Ahad, Januari 22, 2017
[VIDEO] Mangsa Pukul Cerita Detik Kejadian Dia Dibelasah Teruk Pengawal Keselamatan Datuk,ok!: Pemandu lori yang videonya viral menjadi mangsa pukul dengan pengawal keselamatan Datuk hari ini tampil menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi ke atasnya baru-baru ini.

Mangsa Pukul Cerita Detik Kejadian Dia Dibelasah Teruk Pengawal Keselamatan Datuk

"Dia tanya, 'ni lori siapa?' Lepas tu saya cakap, 'ni lori saya'. Lepas tu dia angkat tangan dia terus pukul", kata lelaki berkenaan ketika ditemuramah secara langsung oleh Harian Metro.

Ketika ditanya adakah dia sedar dia telah dibelasah oleh beberapa orang individu, mangsa berkata dia kurang jelas dengan kejadian.

Pemandu Lori Mangsa Pukul Cerita Detik Kejadian Dia Dipukul Pengawal Keselamatan Datuk

"Saya rasa dalam sorang pukul saya, dua orang tendang saya. Tu je saya ingat", katanya.

Ditanya sama ada dia ada menerima sebarang ugutan, mangsa berkata tiada.

"Tiada. Bos beritahu saya yang diorang ni kumpulan gangster besar..", kata mangsa sebelum diikuti dengan sorakan 'gangster besar' dari orang ramai.

Terdahulu mangsa menerima 13 jahitan dari bawah leher hingga ke pipi akibat dibelasah pengawal keselamatan bertaraf datuk tersebut.

Ikuti video temuramahnya di bawah.



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.