Rabu, 18 Januari 2017

Rabu, Januari 18, 2017
Murid OKU Kritikal Diro-gol Pengetua & 3 Guru Lain,ok!: Seorang murid perempuan orang kelainan upaya (OKU) berusia 12 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas dia diro-gol oleh pengetua sekolah dan tiga guru lain.

Murid OKU Kritikal Diro-gol Pengetua & Guru Lain

Memetik laporan Daily Mail, Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di bandar Kako, di timur Bihar, India itu sekali gus membangkitkan kemarahan penduduk setempat.

Jurucakap polis Jehanabad Kusum Bharati berkata: "Kami telah membuka satu siasatan kes ro-gol terhadap pengetua, Aju Ahmed dan guru Mohammed Shaukat, Abdul Bari dan A Rahman sepertimana yang diadukan oleh ibu mangsa."

Mangsa kini telah dibawa ke Kolej Perubatan Patna untuk rawatan.

Sementara ibunya, yang sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa anaknya itu berikrar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan keadilan berpihak kepada anaknya.

Dia juga berkata akan membuat aduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

"Saya berharap anak saya pulih, dan akan melakukan sehabis kemampuan saya untuk anak saya," ujar wanita berkenaan yang tidak dinamakan.

Via
Sinar Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.