Khamis, 19 Januari 2017

Khamis, Januari 19, 2017
Nabi Kristian Minta Pengikut Minum Minyak Pelincir Enjin,ok!: Seorang lelaki yang mengaku dirinya 'nabi' dalam kalangan penganut Kristian, mencetuskan kontroversi apabila meminta pengikutnya meminum minyak pelincir enjin untuk 'diselamatkan atau sembuh daripada penyakit'.

Nabi Kristian Minta Pengikut Minum Minyik Pelincir Enjin

Bongani Maseko yang mengetuai pertubuhan agama, Breath of Christ Ministries di Daveyton, Afrika Selatan, mengaku menggunakan minyak pelincir enjin untuk diberikan kepada pengikutnya walaupun ada pihak mendakwa dia hanya menggunakan botol yang diisi dengan air biasa.

Malah lebih mengejutkan, ramai pengikut Maseko sanggup meminum cecair berkenaan walaupun mengandungi bahan toksik yang membahayakan kesihatan.

"Memang benar saya gunakan minyak pelincir dan saya tidak menjalankan kajian yang membuktikan tentang bahaya meminum cecair tersebut.

"Apa yang penting adalah kepercayaan kepada kuasa Tuhan," katanya.

Nabi Kristian Minta Pengikut Minum Minyik Pelincir Enjin

Ditanya sama ada dia memberikan sukatan tertentu, Maseko berkata, dia hanya menuang minyak itu ke dalam mulut pengikutnya.

"Saya tidak perlu menyukat.

"Mereka sendiri tampil ke depan dan sanggup meminum cecair berkenaan," katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa Afrika Selatan memandang serius perkara tersebut.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/19/pastor-minyak-pelincir/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.