Ahad, 15 Januari 2017

Ahad, Januari 15, 2017
Pasangan Pengantin Baru Maut, Kereta Terbakar, ok!: Sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga hujung tahun lepas maut selepas Perodua Viva dinaiki terbakar dalam kejadian kemalangan di kilometer 81.6 Jalan Johor Bahru - Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara, awal pagi tadi.

Pasangan Pengantin Baru Maut, Kereta Terbakar

Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Farid Tumpang, 25 dan isterinya, Suzana Jumri, 32 maut di tempat kejadian.

Mohd Farid yang juga merupakan Kakitangan Syarikat Air Johor (SAJ) bersama isterinya Suzana yang bekerja sebagai pembantu Stesen Minyak Petron di Mersing dikatakan dalam perjalanan ke Gelang Patah untuk mengambil adiknya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika mengesahkan kejadian berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Viva dinaiki mangsa dengan Nissan Cefiro.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dari arah Mersing ke Kota Tinggi dipercayai cuba memotong kenderaan namun telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan Nissan Cefiro yang dalam perjalanan menuju ke Mersing.

"Akibat dari perlanggaran itu Perodua Viva berpusing dan terbalik di bahu jalan menuju ke Kota Tinggi lalu terbakar serta memerangkap kedua-dua pemandu dan penumpang di dalam kereta tersebut.

"Disebabkan api yang marak dengan cepat dari kenderaan berkenaan pemandu dan penumpangnya gagal untuk menyelamatkan diri dan terbakar serta meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala pemandu Nissan Cefiro dihantar oleh ambulans ke Hospital Kota Tinggi selepas mengalami kecederaan  patah tangan kiri dan cedera pada badan,"katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati tempat kejadian adalah jalan lurus dua hala terdapat cerun menurun menghala ke Mersing dan bergarisan berkembar sebagai pembahagi dua jalan.

Permukaan jalan adalah kering, ketika kejadian cuaca adalah baik manakala kawasan persekitaran adalah gelap kerana tiada lampu jalan dan terdapat rumah kedai di tepi jalan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 via
Sinar Online


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.