Jumaat, 27 Januari 2017

Jumaat, Januari 27, 2017
Pegawai JPJ Maut Ditetak Depan Rumah,ok!: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Pontian ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di leher dan bahu serta tikaman di perut  akibat diserang beberapa individu di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, tengah hari tadi.

Pegawai JPJ Maut Ditetak Depan Rumah

Mangsa yang maut dikenali sebagai Jaiman Sapar, 53 duda anak empat dipercayai diserang menggunakan senjata tajam iaitu parang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada pukul 12.38 tengahari.

“Selepas ditetak mangsa sempat menghubungi adiknya Siti Pujinah Sapar, 53 yang tinggal hanya kira-kira tiga kilometer daripada rumah mangsa.

Pegawai JPJ Maut Ditetak Depan Rumah

“Mangsa ditemui berlumuran darah dan terbaring di kawasan semak samun di hadapan rumahnya. Mangsa dibawa segera ke Hospital Pontian bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,”katanya.

Jelasnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan si pelaku merupakan penagih dadah. “Serbuan dan pemeriksaan akan dilakukan di beberapa lokasi yang dikenalpasti menjadi “port penagih dadah” di daerah ini.

Pegawai JPJ Maut Ditetak Depan Rumah

“Polis sedang menyiasat kesemua bukti-bukti berkaitan di lokasi kejadian. Unit forensik dan anjing pengesan turut digunakan dalam siasatan kes,”katanya.

Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri  telah  diserang sebaik sahaja dia tiba di rumahnya selepas melawat adiknya Siti Pujinah.

“Polis percaya rumah mangsa telah dipecah masuk ketika mangsa tiada di rumah. Bagaimanapun sebaik tiba di rumah, mangsa telah ditetak oleh beberapa individu dengan parang.

Pegawai JPJ Maut Ditetak Depan Rumah

“Terdapat kesan umpilan pada pintu belakang rumah dan televisyen LCD milik mangsa hilang dipercayai telah dicuri,”katanya.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pegawai-jpj-maut-ditetak-di-leher-bahu-1.619048


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.