Selasa, 24 Januari 2017

Selasa, Januari 24, 2017
Pekin Kesal Ada Pihak Dakwa Kekasihnya Guna Identiti Palsu,ok!: Pekin Ibrahim, 36, kesal apabila ada segelintir pihak mendakwa kononnya kekasih beliau yang dikenali sebagai Iman menipunya dengan menggunakan identiti palsu.

Pekin Kesal Ada Pihak Dakwa Kekasihnya Guna Identiti Palsu

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, berkata pendedahan itu dibuat beberapa individu yang menghantar mesej peribadi di laman sosial Instagram dengan meletakkan artikel sebuah blog mendedahkan identiti Iman yang menipu ramai lelaki sebelum ini.

"Saya tidak faham kenapa mereka menuduh Iman yang bukan-bukan. Kononnya, Iman pernah menggunakan nama lain seperti Elina, yang juga pernah menipu beberapa aktor lain.

"Kemudian, mereka juga kata kekasih yang saya umumkan di media sebelum ini sekadar imaginasi saya. Kalau begitu, siapa pula Iman yang saya bawa berjumpa dengan ibu? Rasa kelakar pun ada dengan dakwaan pelik sebegini," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Pekin yang ditemui pada acara Busking Aid On Train di KL Sentral, baru-baru ini berkata, beliau tidak kisah dengan sebarang tuduhan dilemparkan kepada beliau mahupun kekasihnya.

Tambahan pula, dirinya enggan memperbesarkan isu tidak betul dan kekasihnya sendiri tidak tahu mengenai perkara terbabit. Ditanya mengenai perancangan kahwin, kata Pekin, beliau sudah bersedia untuk ke arah itu, namun perlu menyelesaikan komitmen kerja terlebih dulu.

Dalam pada itu kata Pekin, andainya ada perancangan mendirikan rumah tangga, beliau mungkin tidak berkongsi perkara itu secara umum. "Kalau hendak berkahwin pun mungkin secara diam-diam.

Saya tidak suka heboh hal berkaitan peribadi. "Sampaikan, saya pernah bergaduh dengan ibu saya mengenai hal. Saya tidak gemar mengadakan majlis gilang-gemilang. Cukuplah sekadar majlis pernikahan sederhana," tegasnya.

Sumber
http://www.bharian.com.my/node/238623


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.