Selasa, 24 Januari 2017

Selasa, Januari 24, 2017
Pelakon Maut Ditembak Ketika Berlakon Dalam Klip Video,OK!: "Seorang pelakon ditembak mati pada Isnin ketika penggambaran video muzik yang menggunakan senjata api di sebuah bar di Brisbane," kata polis.

Pelakon Maut Ditembak Ketika Berlakon Dalam Klip Video

Lelaki berusia 20an itu ditembak di bahagian dada dipercayai secara tidak sengaja namun polis tetap akan membuka siasatan jenayah terhadap insiden itu.

"Pelakon berkenaan menggunakan beberapa senjata api di lokasi kejadian," kata Inspektor Detektif Tom Armitt kepada pemberita.

"Mangsa yang maut adalah pelakon dalam babak berkenaan," katanya.

"Krew filem melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa," kata Armitt sambil menambah lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan nama pelakon atau kumpulan penyanyi yang terlibat.

Brisbane Times melaporkan kumpulan hip hop Australia, Bliss n Eso sedang menjalankan pengambaran video klip berkenaan di Brooklyn Standard, bar bawah tanah di pusat bandar. - AFP

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pelakon-ditembak-mati-ketika-penggambaran-1.616156


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.