Ahad, 22 Januari 2017

Ahad, Januari 22, 2017
Pemandu Lori Dibelasah Akui Telah Diugut Gangster,ok!: Pemandu lori yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada 14 Januari lepas tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana telah diugut gangster terbabit.

Pemandu Lori Dibelasah Akui Telah Diugut Gangster

Mangsa Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, berkata, beliau bimbang akan keselamatan diri memandangkan kumpulan lelaki itu dipercayai gangster dan berbahaya.

"Selepas kejadian itu, pihak syarikat telah dihubungi oleh individu terbabit agar tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Menurut pengurus saya, kumpulan lelaki terbabit merupakan 'gangster' besar dan ia akan membahayakan keselamatan saya sekiranya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada perhimpunan aman bagi memberi sokongan terhadap Nasrul Faiz di sebuah stesen minyak di Sungai Besi di sini, hari ini.

Menceritakan kembali detik hitam itu, Nasrul Faiz berkata beliau mengakui yang tindakannya itu salah namun tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa.  

Katanya, kereta berkenaan berada dekat dengan lori yang dipandunya dan dia sendiri tidak menyedari kereta itu berada di situ

"Hanya kerana nombor (plat) kenderaan patah, saya dipukul sehingga menerima 13 jahitan di leher.

"Keadaan berlaku dengan pantas, apabila salah seorang daripada kumpulan

lelaki itu menarik saya sebelum rakannya datang menyepak saya di kepala sehingga saya jatuh," katanya.

Perhimpunan yang disertai lebih 200 pemandu lori anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) itu dilakukan bagi mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan lelaki yang membelasah Nasrul Faiz hingga cedera.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata perbuatan ganas dan tidak berperikemanusian seperti itu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja dan tindakan tegas harus diambil.    

"Saya difahamkan polis sudah melakukan beberapa tangkapan berhubung kes ini dan saya berharap mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya.

Perhimpunan selama satu jam bermula jam 11 pagi itu berakhir tanpa sebarang kekacauan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan kes itu dan telah menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium itu ke makmal untuk dianalisis.

Via
Sinar Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.