Rabu, 25 Januari 2017

Rabu, Januari 25, 2017
Penjaja Tepi Jalan TIKAM Leher Penguatkuasa Bandaran Guna Lidi Sate,ok!: Seorang penjaja makanan di Chengqiong bertindak menikam leher seorang pegawai perbandaran dengan lidi sate selepas mangsa cuba merampas gerai wanita berkenaan.

Penjaja Tepi Jalan TIKAM Leher Penguatkuasa Bandaran Guna Lidi Sate

Kejadian berlaku ketika sekumpulan pegawai perbandaran cuba merampas barangan jualan seorang wanita tua yang berniaga secara haram di tepi jalan.

Bagaimanapun, perbalahan berlaku apabila wanita itu cuba menghalang gerainya daripada dirampas pegawai perbandaran berkenaan.

Ketika pergelutan wanita itu tiba-tiba mencapai sosej yang dicucuk dengan lidi sate dan terus menikam leher pegawai itu.

Gambar insiden berkenaan termasuk imej lidi sate yang tercacak di leher pegawai itu menjadi tular di media sosial di China, baru-baru ini.

Pegawai lelaki itu kelihatan terkejut dan dipapah beberapa rakannya untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, pegawai itu bernasib baik kerana kecederaan yang dialaminya tidak serius.

Menurut polis, wanita terbabit ditangkap tidak lama selepas kejadian dan didakwa menyerang dan mencederakan pegawai kerajaan.

Kejadian berkenaan itu bukanlah kali pertama perbalahan membabitkan pihak berkuasa dengan penjaja kecil yang mencari rezeki di tepi jalan di China.

Pada 2015, seorang penjual buah strawberi di bandar Dalian menikam hingga mati seorang pegawai perbandaran yang cuba merampas gerai dan hasil jualannya.

sumber
http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/655098-peniaga-tepi-jalan-tikam-pegawai-majlis-perbandaran-dengan-lidi-sate.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.