Selasa, 24 Januari 2017

Selasa, Januari 24, 2017
Pereka Baju Dedah Balas Kenyataan Janna Nick, ok!; Kenyataan Janna Nick mengenai pakaian pereka baju menerusi sebuah akhbar minggu lepas, seolah-olah mengesahkan adanya 'perang dingin yang berlaku antara dia dengan seorang pereka fesyen. Semuanya gara-gara tindakan Janna Nick enggan menyarungkan baju yang dibawa oleh pereka tersebut dalam satu sesi fotografi bersama sebuah syarikat penerbitan baru-baru ini.

http://m.utusan.com.my/hiburan/maaf-tiada-lagi-baju-untuk-dia-1.434571

Janna mendedahkan sebab mengapa dia enggan menyarungkan baju berkenaan yang disifatkan seksi dan tidak kena dengan imej dirinya.

Enggan mendengar dari sebelah pihak sahaja, Pihak media mendapatkan komen daripada Khairul Amri Hassan yang merupakan pereka yang dimaksudkan. Walaupun pada awalnya pereka tersebut enggan memberikan sebarang komen, dia akur untuk membetulkan semula keadaan dan berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi.

"Sebenarnya saya sudah menyediakan lima pasang baju untuk sesi fotografi berkenaan. Pada peringkat awal saya ada memberikan sedikit penerangan tentang baju yang dibawa. Pendek kata saya terangkan pada mereka konsep setiap baju."

"Bila sudah berbincang, mereka setuju untuk memakai dua sahaja. Bila saya keluar sebentar dan kembali semula ke sana, dia sudah memakai baju sendiri. Habis saya nak buat apa lagi?", kata Khairul.

Khairul turut berkata,"Memang saya terkejut bila dia tidak menyarungkan baju saya. Dia kata salah satu baju tu besar. Ya, memang baju itu (oversize jaket) untuk sesi fotografi. Maknanya memang dibuat besar! Cuma saya keliru mengapa dia buat begitu. Saya datang untuk membantu menggayakan (styling) baju berkenaan bila sudah dipakai. Tapi bila baju saya tak dipakai buat apa nak tunggu lagi di situ?"

Berkenaan dakwaan Janna yang mengatakan antara sebab dia menolak kerana baju tersebut terlalu seksi. "Ya, memang ada satu baju yang seksi dan pendek. Tapi kalau nak pakai perlu disarung baju asas bahagian luar bersama lengging panjang. Tapi kami sudah berbincang sejak awal lagi tentang baju berkenaan. Dia memang menolak memandangkan baju berkenaan tidak kena dengan imej dirinya."

Berkenaan tindakan Khairul yang bertindak  ‘membungkus’ baju dan pulang walaupun sesi fotografi belum tamat, ini jawapan Khairul.

"Memang benar saya ambil semua baju dan terus pulang. Saya datang untuk menaja baju untuk sesi penggambaran tersebut. Tapi kalau dia mahu memakai baju sendiri, buat apa saya tunggu lagi. Ketika itu saya ada terserempak dengan pembantu Janna yang bertanyakan hal tersebut. Kata dia jangan terasa hati dengan apa yang terjadi. Saya maklumkan kepadanya sekiranya dari awal tak mahu pakai, cakap terus terang. Tak perlu saya membazirkan masa. Itu sahaja. Lagi satu saya hadir ke sana kerana hormatkan mereka (penyelaras fotografi) yang memanggil saya."

Tambahnya jika ditakdirkan pada masa hadapan adakah dia bersedia untuk memberikan tajaan pakaian kepada Janna, "Maaf, tidak ada lagi baju untuk Janna Nick. Bukan kerana saya marah mahupun benci pada dia tapi rasanya rekaan saya tidak kena dengan imej dan cita rasa dia. Rekaan saya belum tentu kena dengan dirinya. Jadi baik saya fokus pada bisnes sahaja dan dia pula fokus kepada kerjayanya.

sumber
Utusan Malaysia
http://m.utusan.com.my/hiburan/maaf-tiada-lagi-baju-untuk-dia-1.434571


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.