Jumaat, 20 Januari 2017

Jumaat, Januari 20, 2017
Polis Siasat Gambar Kanak2 Didera DiTaska,ok!: Polis sedang menyiasat penyebaran gambar di laman sosial yang memaparkan tiga kanak-kanak didera dengan keadaan tangan dan mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) dipercayai di Bangi baru-baru ini.

Polis Siasat Gambar Kanak2 Didera DiTaska

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

“Berkaitan dengan gambar kanak-kanak diikat dengan kain yang tular itu kita akan siasat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya di sini hari ini.

Gambar kejadian itu tersebar luas sejak beberapa hari lalu apabila tiga orang kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak dipercayai di Bangi diikat di mulut dan tangan oleh penjaga sehingga menimbulkan kemarahan dan kegusaran ibu bapa.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tular-gambar-3-kanak-kanak-didera-di-taska-disiasat-1.433507


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.